Anwar Ibrahim VS Arif Shah
Aug 26, 2008 BolehLand
Korang rasa siapa akan menang hari ni. Kalau kau tanya aku, sudah pasti calon parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berdasarkan keadaan semasa, calon umNO, Datuk Arif Shah, memang tiada harapan. Tapi siapa yang tahu kan, mungkin ramai ‘hantu-hantu’ tiba malam tadi tanpa diundang. Aku tak tahu. Aku hanya bercakap kosong, tanpa apa-apa bukti.
Hari ini Pulau Pinang Cuti
Aku tak tahu nak buat apa. Mungkin aku akan join seorang kawan aku ni, yang akan menjadi perayu undi di Permatang Pauh. Makan tengahari dah confirm
Atau, hanya berlegar-legar mengambil gambar. Mana tahu kalau ada puteri-puteri yang ingin berposing dengan aku.
Tapikan … yang aku tahu … hari ini aku kerja
Ya, akibat ketidak pandaian Project Office menyusun jadual, banyak benda yang perlu diselesaikan seberapa segera. Aku bencikan mereka.
Ni gambar yang diambil dalam perjalan ke pejabat pagi tadi. Roadblock di mana-mana.

Tags: annuar ibrahim, permatang pauh, pilihanraya kecil, umno, keadilan

August 26th, 2008 at 10:24 am
Perayu undi la
Peraih undi tu calon.
August 26th, 2008 at 10:51 am
Hasbullah, he.he.. aku dah update. azwan hadzree jadi calon pun takpe .. calon hantu
August 26th, 2008 at 12:00 pm
[...] Anwar Vs Arif Shah. [...]
August 26th, 2008 at 12:23 pm
calon hantu ke? jadi calon iklan hantu boleh agaknya… nak jadi calon jugak laaa.
August 26th, 2008 at 3:14 pm
hehehee… banyak punya trafik masyuk dari permatang pauh aaaaaa… pilihan raya punya pasal. pauh dilayang…
August 26th, 2008 at 10:28 pm
ha..ha.., traffic memang aku suka Fatah
August 26th, 2008 at 11:21 pm
ye ye …aku pun suka traffic…
Tapi ada ke puteri nak bergambo dengan ko?!!
August 27th, 2008 at 9:03 am
Zaki
ada … dua orang puteri aku tu, bergambar dan berpelukan lagi
August 27th, 2008 at 5:41 pm
apa benda kat tengah cermin keter ko tuh?
August 27th, 2008 at 6:02 pm
Fatah
jangan jadi hantu sudah
August 27th, 2008 at 6:04 pm
affuan
kalau kena kejar polis, itu tempat letak Cyber Key … bagi kereta laju sikit, sampai ekzos pun keluar api.
August 30th, 2008 at 2:06 am
hehe. akhirnya anwar menang dengan majoriti yang sangat besar.
August 30th, 2008 at 9:24 am
iera
ya, betul tu … majoriti kali ni lebih besar dari isterinya.