Kita Serumpun
Ini dia gambar-gambar yang aku ambil semasa Rumpun 2007 sabtu yang lepas. Satu program yang cuba menyatukan para bloggers Melayu di Malaysia dan di taja sepenuhnya oleh Advertlets. Kerana Rumpun, kenalanku di dunia maya ini bertambah-tambah dan kerana Rumpun juga, aku ingin membuat sedikit kelainan hari ini. Cerita aku hari ini adalah dalam Bahasa Melayu.
Diharap anda semua tidak kekok membacanya.
Di sana, sudah tentu perkara pertama sekali yang aku lakukan ialah cuba mencari pemilik-pemilik blog yang aku selalu lawati. Mula-mula sekali yang aku cari ialah Hayat, kerana dia telah mengesahkan kehadirannya pagi-pagi lagi menerusi Google chat. Tapi dia datang agak lewat
. Masa tu, baju pun dah basah, berpeluh … tak sempat ambil gambar bersama, mungkin lain kali. Anaknya sungguh comel, sempat menjeling lagi.
15 tahun lagi, aku baru 50 .. ada peluang?
Apa yang berlaku bila seorang die hard fan Manchester United bertemu dengan seorang peminat setia Livepool? Di Rumpun 2007, mereka berborak sambil gelak ketawa seperti sudah kenal lama ..ha..ha.. ini dia juru gambar tak rasmi dengan kamera terbarunya … Chot. Beliau telah cuba sedaya upayanya untuk mengelakkan diri, tapi dengan pakcik blogger ini, itu adalah suatu yang mustahil.
Jejaka berbadan sasa di bawah ini pula adalah jejaka yang ditunggu-tunggu selama ini. Ini dia Mohd Ismail yang telah berjaya memikat ramai jejaka tampan dan gadis-gadis jelita dengan gaya penulisannya yang bersahaja tapi memikat jiwa. Aku tak pasti siapa yang lebih tinggi atau lebih besar sebenarnya, tapi kalau Ismail sudah sebesar ini sebelum kahwin, cuba kau bayangkan dia selepas kahwin. Aku berkata begini kerana saiz badan aku dulu pun tidak lebih dan tidak kurang saiz Bat Infomalaya.
Antara kekurangan Rumpun 2007 yang sedikit menghampakan.
Gadis di sebelah kanan, di bawah, yang kelihatan seperti gadis bawah umur ni pula ialah pemilik Catzer.com. Seorang yang cukup banyak celotehnya…. ha..ha.. sorry Cat, aku memang macam ni, tak sangka kita bertemu di Rumpun. Dari kiri .. Robotys, edt83, Aini Jasmine, Cat dan MiraKimura kalau tak silap.
Pertama kali di dalam sebuah majlis yang aku bukan orang pertama ke meja hidangan. Di hujung sebelah kiri tu Saharman rupanya. Aku tak perasan masa aku pertama kali post. Lawat blog anaknya, MHariz, untuk berkenalan dengan budak comel tu.
Aku .. ya, ini dia Azwan Hadzree, jejaka idaman satu Malaya .. ha..ha.. syok sendiri, lantaklah, blog ini aku yang punya kan?
Bersama-sama Mohd Huzairy, AzharAhmad dan Faiziq. Gambar ini diambil dengan kebenaran daripada Chot. Untuk melihat gambar-gambar hasil dari lensa beliau, sila lawati flickrnya.
Ada beberapa lagi gambar-gambar aku ada disana, sila download dan jadikannya wallpaper

Lelaki berbaju kuning di bawah pula ialah Farid Zenon bersama bakal isterinya
. Yang lain-lain tu, alamak! Tak ingat la … maaf ya.
Yang berbaju hijau tu adalah IcedNyior manakala gadis menarik berbaju merah itu pula ialah, Nora Elina, makwe Josh. Sedangkan kapal terbang pun boleh dirampas .. ha .. ha .. Beliaulah yang memulakan ice breaking hari itu. Lagi best kalau adanya microphone.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan moga-moga kita boleh berjumpa lagi. Terima kasih juga kepada kerajaan Malaysia dan para bloggers politik kerana secara tidak langsung, kami semakin dikenali walaupun kebanyakan tulisan-tulisan kami tidak menyentuh perihal politik … mungkin ada sedikit unsur-unsur politik di blog aku ini, tapi aku bukan bercakap kosong
. Yang paling penting, terima kasih kepada isteriku yang tercinta kerana telah memberi kebenaran untuk berjumpa dengan kalian semua. Semoga selepas ini aku boleh keluar lagi
… untuk ini dan juga untuk MLM (meeting larut malam) bersama-sama rakan ku yang lain.
Mereka yang lain yang aku tegur tapi tidak ada gambar di sini:
Qaiyum
NoorizamShah
[tags] Rumpun 2007, perjumpaan bloggers Melayu, kenangan malam pertama, kawan-kawan [/tags]
Powered by Max Banner Ads









Ahahaha..akhirnya..ala nanti lepas kawin mesti badan aku naik sekali ganda macam abah kesayangan aku..Hehehe..Baru aku tau dulu kau slim macam aku sekarang..huhu..
Gembira dapat jumpa kau lagi di sana tempoh hari..Nanti kita jumpa lagi sama ada di Rumpun 08 atau pun di majlis perkahwinan aku..Hahaha..
Reply
azwan reply on August 28th, 2007 9:36 PM:
ya…. Bat mempunyai cita-cita untuk berkahwin. Kalau sesuai dengan jadual waktu ku, memang akan ku sana. Boleh lah aku turunkan ilmu yang ada … ha .. ha ..
Reply
Bat reply on August 28th, 2007 9:54 PM:
Hahaha..Cita-cita kena pasang awal-awal kan? Ilmu apa tu? Ilmu pasal kahwin ek? Miahahaha..Nakal la you ni Azwan..
Reply
azwan reply on August 28th, 2007 10:07 PM:
ilmu yang indah-indah .. ha..ha.. tapi shhhhhh … jangan beritahu orang lain tau … nanti beratur diorang kat blog ini untuk rahsia malam pertama
Hahhahahahahha, banyak juga kamu kenal ya…
Reply
azwan reply on August 28th, 2007 9:50 PM:
Ya, aku bukan seperti kau … masuk diam-diam. Aku masuk dan memperkenalkan azwanhadzeee dot com … tanpa segan silu … selepas Bat, aku berborak bersama Farid … lepas tu Aman … dan lain-lain lagi .. tapi ramai sangat, tak semua aku ingat namanya
Reply
Azhar Ahmad reply on August 29th, 2007 3:19 PM:
Dah nak buat camner, datangnya lewat. Sopan bukan, orang yang datang lewat senyap. Hanya tunggu tuan rumah terangkan…. Huhuhuhu sayakan orang melayu berambut hitam…. Nguahahah
Reply
ahahah….tq pakcik…:P ahah…ade gak gambo aku disnap…:P rajin2 aa kita ngomen2 di blog masing 2 ek…
pakcik mmg kool!!!
Reply
azwan reply on August 28th, 2007 9:52 PM:
Nanti aku akan singgah-singgah ke sana.
Reply
mrasa tak kenal… gambar am takde plak termasuk kat cini…. ok ajer…
woit… apa kes penyokong MU jumpe penyokong Liverpool….
Reply
azwan reply on August 28th, 2007 9:56 PM:
Aku kenal kau AM, kan aku ada buat review pasal ebook kau dengan Aman dulu … Tak pe lain kali aku ambil gambar banyak-banyak lagi. I usually take a lot of pictures but agak rimas hari tu, tak de aircond, kipas pulak macam sial ..ha..ha.. lain kali ok
Reply
wah asik citer pasal RUmpun je dua tiga hari nie…
takpelah.. nanti tahun depan ada lagi kan??
Reply
azwan reply on August 28th, 2007 10:10 PM:
Ni yang last dah ni … sebenarnya kami semua telah rancangkan semua ini. Semua akan blog pasal Rumpun, sebagai perlude Rumpun 2008 … pastikan kau datang untuk jika ada nanti, tapi jangan pulak kau bawak pedang tu …
Reply
erm..gadis bawah umur ya..hehehe..aku suke..tak marahpun…coretan blogger perlu sebagai suara ketiga rakyat jelata..jika kita tak berceloteh sape lagi mahu buat keje gile ini..
Reply
azwan reply on August 29th, 2007 7:05 PM:
Ini bukan kerja gila Cat .. ini kerja serius, lebih-lebih lagi kepada mereka yang menjadikannya sebagai pendapatan utama. Aku cari duit lebih sahaja.
Reply
salam, semeja dgn farid zenon itu adalah
madnilk (jersey merah) - http://madnilk.com
vangardx (berbaju oren) - http://vangardx.net
afham (berkaca mata) - http://infoarsenal.blogspot.com
Reply
azwan reply on August 29th, 2007 7:06 PM:
Betul sangkaan aku tentang jejaka baju oren, cuma kau lambat balas komen aku diblog kau tu. Kalau tidak linknya akan berada di situ
Reply
alaaaa, nyesal aku tak gi. takpe lain kali mesti pegi
Reply
azwan reply on August 29th, 2007 7:08 PM:
Kalau kau jadi datang, kau jangan pulak bukak kaunter jual Viagra kepada budak-budak sekolah tu ya Dr. … ya ini dia doktor yang betul-betul doktor …
Reply
gambar I yg u amik tu nampak lebih tembam la
Reply
azwan reply on August 29th, 2007 7:09 PM:
Jangan kamu nak cover line di sini …. ahaks
Reply
Kesian tgk Uncle Azwan berpeluh time Rumpun hari tu. kui…kui…kui…
waahh… muke saya yang tak ensem pun kene publish kt sini gak…
segan lah pulak…. mueheheheheh….
Reply
azwan reply on August 29th, 2007 7:10 PM:
Aku rasa, nanti melekat pulak uncle and pakcik ni .. kat blog Hayat pun dah, kat blog Azhar pun sudah … takpe .. glamour jugak
Thanks for stopping by
Reply
nampak gayanya aku paling lambat post mengenai rumpun
busy bai… da 2 malam tak titun…
hehe, aku naik2 tangga mmg dengar ada orang panggil… tapi kena setelkan wireless network dorang dulu, aku jadi bidan terjun jer tuh.
dapat jumpak jumpa abang rambut oren ekekeke….
Reply
azwan reply on August 29th, 2007 12:33 PM:
Aku lah yang panggil tu ..ha..ha.. Aku cam muka kau, dan juga baju yang kau pakai … sama dalam kad kau tu …
Takpe lain kali, kita pun ada blog, boring-boring aku singgah lah, bila nak update. Aku next week start lah technical spec … mampus, balik lambat lah selepas ni.
Reply
RUMPUN 2007 GATH
Sudah berlalu… tapi walaupun aku tak dapat menghadirinya, aku terasa teramat rugi kerana ramai antara bloggers yang aku kenal melalui ‘online’ dapat hadir. Aku bukan boleh tengok bila ada majlis camni… mmg seronok la. Aku selalu…
xkusangka selepas iejal, edt83 dan kini ko plak dpt snap gmbar aku. dah beberapa gathering aku pergi sorang pun xdpt ambik gmbar aku…ternyata ko ni kira handal gak la.
mmg betul lagi manis kalau cik nora tu pegang ‘mic’..hahaha bukan apa xberapa clear nak dengar…aku faham maksud ko tu…heheh ops! sorry josh…
nampaknya ko mmg blogger paling otai antara kami…tahun depan kalau ada event lg besar kiataorg jemput bro jadi pak lawak bole…
Reply
azwan reply on August 29th, 2007 7:13 PM:
Tak boleh bro, aku bukannya pelawak professional, Azli senario boleh lah. kalau dia .. kat kedai cuci kereta pun boleh buat lawak tentang kereta aku
Reply
yeah dah tahu mane satu ko.. yg baju adidas itam tu kan.. jumpe lagi next time..hhehe
Reply
azwan reply on August 29th, 2007 7:23 PM:
Ya, betul
Reply
so next year kalau ada gathering, kira reunion tak? hehehehe.
when are you coming back? Need the things from mama la. Thanks for the birthday posting.
Reply
azwan reply on August 29th, 2007 10:02 PM:
The thing is with me. btw, im going to visit kak zilla on Friday, nak join? ha..ha.. kalau next year, baru kira reunion, tapi tak sekerap reunion ANSERI
Reply
Wo..Azwan..u memang ada krisma sebagai blogger..ada lesung pipit lagi heheheh..
Reply
azwan reply on August 29th, 2007 10:13 PM:
kau terpikat pada aku Bent … wakakakakaakakakakakakak ..kah.. kah.. kah.. lawak aje Bent
Reply
Bent reply on August 29th, 2007 10:26 PM:
Reply
aman nampak smart..
Reply
azwan reply on August 30th, 2007 12:11 PM:
Aman … jejaka pemalu
Reply
alaaaaaaaaaaa.. ruginyer aku x gi………. bestnyer ramai kawan2 gi.. huhuhuh
Reply
azwan reply on August 30th, 2007 12:12 PM:
Termiss yang ni, lain kali boleh pergi. Bukan Rumpun sahaja, ada yang lain juga yang dilakukan secara tidak formal dan tak ramai orang. Lebih banyak peluang untuk berkenalan
Reply
salam to cik wan [hehe..]
i’m d one yg pakai ungu, dlm gambo tu mmg obvious duk depan kat banner
nway, best moment would be remains ever ^_^ V
aaa..pakcik ko, abg ko?? apa2 lah ya
Reply
azwan reply on August 30th, 2007 11:40 PM:
pompuan tak boleh panggil pakcik, wajib panggil abang
Reply
hai…saya org baru dalam dunia blog ni. sampai hati tak jemput saya join sekali,huhuhu
Reply
hai…saya org baru dalam dunia blog ni. sampai hati tak jemput saya join sekali,huhuhu..tahun depan kalau ada lagi,nak join leh tak?hehe
Reply
azwan reply on August 30th, 2007 11:37 PM:
Itu kena tanya HappyPeopleMedia aka Bat, Ismail dan rakan-rakan. Kalau mereka kata on, on lagi lah tahun depan
Reply
wah..menarik nampaknya rumpun2007. rugi x dpt pegi. nak jugak kenal kwn2 maya ni. tgk gmbr pun jadilah. thx azwan.
p.s : bat nampak lain..mcm org dh kawen haha
Reply
azwan reply on August 30th, 2007 11:39 PM:
Bat dah kahwin … rupa macam tak terurus tu kau kata nampak macam dah kahwin … ha..ha.. rupa macam kena buli ngan bini
Reply
Wan,
Amboi 3x idaman jejaka Malaya sudah tiada misterinya lagi…..handsome juga awak rupanya…wakaakkaa…..
Wan, biarpun tak dapat bersama hari tu, namun kemeriahannya Ktom dapat rasakan dan terima kasih kerana uploadkan gambar2 ni at least sapa2 yg tak pegi tu boleh kenal tuan empunya blog cam Cat, Amanz, Sodep, Roboyts dan semua tu lah…..
Reply
azwan reply on August 30th, 2007 11:43 PM:
hmmm… ya .. gelaran jejaka idaman Malaya tu diberikan oleh saya sendiri .. masuk bakul angkat sendiri … ha..ha ..
Reply
yeaaa… terima kasih kepada yang telah menghadirkan diri mereka dengan jayanya. sekian trima kaseeeeeeeeh… waduh…
Reply
azwan reply on August 30th, 2007 11:43 PM:
Fatah, kau teruja apa mlm ni. tak sambut merdeka di mana-mana?
Reply
anehnya aku berposing pd gambar pertama tu… ha ha ha..
“Jejaka berbadan sasa ini pula adalah jejaka yang ditunggu-tunggu selama ini. Ini dia Mohd Ismail yang telah berjaya memikat ramai jejaka tampan dan gadis-gadis jelita dengan gaya penulisannya yang bersahaja tapi memikat jiwa”
hua hua hua…. terima kasehan la Azwan oi…
Reply
azwan reply on August 31st, 2007 12:31 PM:
Kau yang berposing begitu bila aku suruh kau senyum Mail
, bukan salah aku.
Reply
sori bro.. saya tak berapa shat.. tak dapat nak aktif dan banyak bercakap sgt… well i’m happy dapat hadir masa kat rumpun’07 tu
Reply
ade seketul ke gambar gua..huhu..tp time tu bukan blogger..
Reply
salam… minta maaf ler sebab lambat reply… hari tuh dah masuk dah page nih .. nak reply pastu streamyx putus2 terus give up…
okies pertanyaan ko tuh… aku tak ader abang yang belajar kat uum atau memana ipta atau ipts.. sorry yerk.. tak dapat nak tolong….
azwan…. erk.. tukar link boleh tak? sebab aku on the way nak add link ko kat book mark aku….
one more thing… mana bleh dapat gambar2 kat atas tu (dengan kualiti terbaik)
Reply
azwan reply on September 3rd, 2007 10:37 PM:
ntah lah, tapi muka kau makan pernah aku kenal dahulu. anyway, pasal gambar tu, kau nak yang mana. nanti aku hantarkan, tapi lebih kurang 2MB per piece
Link added
Reply
gmbr yg ramai ade x?? time last2 tue..
Reply
azwan reply on September 4th, 2007 11:01 AM:
Takde lah Trojan, aku pun dalam gambar. Mungkin kau boleh tanya Chot.
Reply
dapat pergi Rumpun 2008 nati best jugak neh
Reply
azwan reply on September 5th, 2007 5:39 PM:
Tu pun kalau ada, harap-harap HappyPeopleMedia akan teruskan
Reply
Trojan reply on September 5th, 2007 10:47 PM:
kita set cun skit ar…kuikuikuikui….
tp entah dapat pegi ke tak…
Reply
azwan reply on September 6th, 2007 2:36 AM:
Moga-moga schedule-nya ngam .. and lebih bagus kalau dia boleh jemput artis-artis seperti Fasha Sanda ke ? …..
Reply
Trojan reply on September 6th, 2007 3:15 AM:
idea ko mmg genius abis…..
azwan reply on September 6th, 2007 12:13 PM:
It’s only an idea which i think it’s a bit impossible to achieve but why only Fasha Sanda, we should add in Maya Karin as well … ha.ha.. anyway, kita tutup lah cerita Rumpun ni. Dah lama sangat, kita bincang pasal raya pulak. Bola pun menarik, bolehkah Arsenal kembali ke puncak liga. Liverpool pula sudah mula mengganas
[...] Vangardx, Rjuna, Khairuz, Vovin, Khairulnizam, Azwan, CuitSikit, GloryMU, Sesape nak jawab pn boleh!! Dialu-alukan sangat.. adv_username = “Afham”; [...]
[...] Vangardx, Rjuna, Khairuz, Vovin, Khairulnizam, Azwan, CuitSikit, GloryMU, Sesape nak jawab pn boleh!! Dialu-alukan [...]
huhu
Reply
Leave your response!
Top Commentators
Categories
Random Posts
Tags
aidil fitri Autobots Avengers bandwidth Batman Bumblebee Captain America Cicakman crossover DC Comics domain eve hari raya Hosting iron man joker lamb linkin park Marvel marvel studios megan fox Megatron mobile games niche online game Online Games Optimus Prime ps3 Punisher robert downey jr secret invasion SEO shield spidey The Dark Knight Thor tony stark Traffic trailer transformers travian wallpaper watchmen wolverine Xbox 360Most Popular
Most Recent
Recent Comments