Home » Ramblings

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

1 October 2008 13 Comments

Salam riang semua!

Best kan, kalau ada ramai kawan. Tetapi, dalam pada itu, bila sudah ramai kawan, kadang-kadang tu agak sukar untuk menjaga hati semua orang.

Perselisihan faham akan berlaku dan mungkin perkara kecil akan menjadi besar dan pada mulanya kawan, akhirnya menjadi lawan.

Jika ia pernah berlaku, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf ke atas kesilapan yang telah aku lakukan. Kalau ada terkasar bahasa dan menyinggung perasaan korang, ampun ye. Tak kiralah sengaja ataupun tidak.

Mana tahu, kalau ada yang terkecil hati walaupun disebabkan kesilapan seperti terlupa untuk membalas email :)

Aku juga, dengan ikhlas memaafkan semua kesilapan yang korang mungkin telah lalukan samada sengaja ataupun tidak (kesilapan/kesalahan saja ye, kalau berhutang sila hubungi aku di sini untuk menjelaskannya :) )

Akhir kata aku harap korang semua berbahagia selalu di samping keluarga tercinta. Semoga Aidil Fitri ini membawa 1001 kenangan terindah.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

p/s
To those who doesn’t understand Bahasa Melayu, I make it short - Wishing you and family Selamat Hari Raya Aidil Fitri! :)


 Powered by Max Banner Ads 

Related Post

13 Comments »

  • Norhafidz said:

    Selamat hari raya aidilfitri azwan, I saw some “Google Love” there :) Congratulations

    Reply

    azwan reply on October 4th, 2008 10:32 AM:

    x de pun. maybe it’s the cache from other site that was not cleared. Selamat Hari Raya to you too :)

    Reply

    Norhafidz reply on October 5th, 2008 12:50 AM:

    ah..probably yea, :/

    Reply

  • zool said:

    SElamat hari raya gak ..
    Maaf kalau ada salah dan silap..

    Reply

    azwan reply on October 4th, 2008 10:31 AM:

    Sama lah kita Zool.

    Reply

  • aman said:

    salam aidilfitri gak bro.

    huhu…kalo hutang bleh collect skrang.. :D
    duit raya takde ker? saya kan masih student..hehe

    Reply

    azwan reply on October 4th, 2008 10:31 AM:

    Nak duit, nanti aku email :) ha..ha.. nak, datang rumah la Aman

    Reply

  • Bat said:

    Selamat hari raya Azwan, aku nak mintak maaf kalau ada terlanjur kata-kata dan perbuatan. Aku insan biasa, huhuhu…

    Reply

    azwan reply on October 4th, 2008 10:30 AM:

    aku pun bukan Superman Bat, walaupun bercita-cita nak jadi Superman masa kecik-kecik dulu :) kosong-kosong ye Bat

    Reply

  • Fahmishah said:

    Nka wit rayeee

    Reply

    azwan reply on October 4th, 2008 10:29 AM:

    datang rumah Famishah ;)

    Reply

  • syam said:

    selamat hari raya..maaf zahir batin :) aku beraya di yong peng johor :)

    Reply

    azwan reply on October 5th, 2008 8:01 PM:

    aku 1st day di Pilah, 2nd day di Gombak :)

    Reply

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

Security Code:

ss_blog_claim=b955b5e1b5146d0cab088548d04f4d2f